“Marsya. Secara rasminya I letak jawatan sebagai tunang you. Kita putus. Dan kenalkan Nadia Syifaa... bakal isteri I.” – Arman
Bala! Tanpa sengaja Syifaa terjebak dengan drama putus tunang Tuan Arman Mikaeel dengan Tengku Marsya, anak kepada CEO tempat dia bekerja. Tiba-tiba sahaja namanya menjadi sebutan sebagai perampas tunang orang. Rupa-rupanya Arman hanya menunggu masa untuk putuskan hubungan dengan Marsya. Dia hanyalah kambing hitam sahaja.
"Berhenti kerja. Kerja dengan saya. Gaji 10 ribu sebulan. Makan minum tempat tinggal saya sediakan." – Arman
"Menarik. kerja apa tu?" – Syifaa
“Jadi isteri saya. Isteri olok-olok. Sementara kekasih saya habis belajar.” – Arman
Tawaran Arman sangat lumayan. Namun kerja itu bersangkut paut dengan hati dan perasaan. Bimbang jika hatinya jatuh suka kepada suami olok-oloknya nanti. Kerana terdesak mahukan tempat tinggal dan juga gaji yang lumayan dia terima juga tawaran Arman.
Hari demi hari terasa payah untuk meneruskan jawatannya sebagai isteri olok-olok. Siapa yang tak akan jatuh cinta dengan lelaki kacak dan romantik serta baik hati seperti Arman. Hatinya berbelah bahagi. Mahu menghormati Arman atau cuba mencuri hati lelaki yang sudah bergelar suamnya itu. Marsya pula tak habis-habis menganggu. Mujur Arman berpegang pada janji dan sentiasa melindunginya.
“Aku pemilik sebenar hati Tuan Arman. Tugas kau dah tamat. Kau boleh berhambus dari hidup dia.” – Hanis
Belum sampai tempoh masa yang dijanjikan Hanis tiba-tiba muncul menagih janji Arman. Syifaa sedar dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Sukar untuknya untuk mencuri hati suami sendiri.
Adakah Syifaa akan terus cuba mempertahankan rumah tangganya?
Atau... dia menagalah dan melangkah pergi dari hidup Arman?
Buy Now