INTERNATIONAL SEMINAR & PARALLEL WORKSHOPS
ON ISLAMIC COUNSELING & TRAUMA RECOVERY
Tema: “Searching for Meaning: Strengths to Enhance Resilience and Well-Being”
Tarikh: 27 & 28 November 2025 (Khamis & Jumaat)
Tempat: Aula Terpadu, Lantai 1, IAIN Negeri Bangka Belitung & Online melalui Google Meet
Anjuran bersama: IAIN Negeri Bangka Belitung & PEKA Malaysia

Program sehari ini menghimpunkan satu sesi seminar utama pada sebelah pagi dan diikuti pilihan sesi parallel workshop pada sebelah petang. Peserta akan dibimbing untuk memahami konsep mencari makna hidup, kekuatan dalaman, serta pendekatan praktikal dalam membantu klien yang berdepan trauma.
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
Sesi seminar ini akan menampilkan gabungan penceramah dari Malaysia dan Indonesia yang membincangkan:
Konsep “Searching for Meaning” dalam konteks kaunseling Islam dan psikologi moden
Peranan kekuatan dalaman (strengths-based approach) dalam membina daya tindak (resilience)
Strategi meningkatkan kesejahteraan emosi dan spiritual dalam kalangan pelajar, keluarga dan komuniti
Perkongsian kajian, pengalaman lapangan serta contoh intervensi praktikal di institusi pendidikan dan komuniti
Seminar ini sesuai sebagai ruang knowledge update dan networking bagi kaunselor, pensyarah, pelajar dan pengamal bantuan profesional.


Masa: 2.00 – 5.00 petang
Peserta boleh memilih satu daripada dua workshop berikut:
WORKSHOP PRAKTIKAL TRAUMA INFORMED COUNSELING
Fasilitator: Muhammad Saffuan Abdullah
Kaunselor & International Trainer
Fokus workshop:
Memahami prinsip asas pendekatan Trauma Informed Counseling
Mengenal pasti tanda-tanda trauma dalam kalangan klien, pelajar dan ahli komuniti
Membangunkan persekitaran intervensi yang selamat (safety, trust, empowerment)
Latihan praktikal: membina soalan, respon empatik dan grounding techniques untuk klien trauma
WORKSHOP PRAKTIKAL ART THERAPY FOR TRAUMA RECOVERY
Fasilitator: Datin Dr. Siti Taniza Toha
Presiden PEKA Malaysia
Fokus workshop:
Pengenalan asas Art Therapy dalam konteks pemulihan trauma
Bagaimana ekspresi kreatif membantu klien mengurus emosi sukar dan pengalaman traumatik
Contoh aktiviti lukisan, warna dan simbol sebagai medium eksplorasi emosi
Latihan praktikal: merancang sesi art-based intervention ringkas yang selamat dan beretika
Memberi pendedahan teori dan praktikal berkaitan pencarian makna, kekuatan dalaman dan daya tindak.
Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan klien trauma melalui pendekatan kaunseling berasaskan bukti.
Memperkenalkan penggunaan seni kreatif sebagai medium intervensi trauma yang mesra klien dan mudah diaplikasi.
Mengukuhkan jaringan profesional antara kaunselor, pensyarah, pelajar dan pengamal bantuan dari pelbagai institusi.
Kaunselor berdaftar & pelatih kaunseling
Pensyarah dan guru bimbingan & kaunseling
Pelajar program BKI/BPI, psikologi, pendidikan & kerja sosial
Pengamal kesihatan mental, aktivis komuniti, NGO dan pihak berkepentingan yang berminat dengan isu trauma dan kesejahteraan psikologi
Ilmu teori + latihan praktikal yang boleh terus diaplikasi
Dua sijil (seminar + workshop pilihan)
Pengiktirafan 2 mata CPD Kemahiran 4 LKM
Peluang networking dengan penceramah dan peserta dari pelbagai institusi Malaysia–Indonesia
Sertai kami dalam program ilmiah dan praktikal ini untuk bersama-sama mencari makna, membina kekuatan dan memulihkan trauma demi kesejahteraan diri, keluarga dan ummah.
Buy Now